Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun
sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara
berjemaah. Kesegaran udara subuh baik terutama untuk merawat penyakit tibi
serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Aktif
Menjaga Kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap
Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku,
bersikat serta memakai minyak wangi.
3. Tidak Pernah Makan Berlebihan
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga
benda; Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk
makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan
berpuasa pada Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan.
4. Gemar
Berjalan Kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid,
pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan
kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
5. Tidak Suka Marah
Nasihat Rasulullah ‘Jangan Marah’ diulangi
sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim
bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Inilah 5
amalan utama Nabi Muhammad S.A.W untuk menjaga kesihatannya. Sesungguhnya tidak
dinafi, setiap perbuatan serta amalan yang dilakukan oleh baginda sememangnya
membawa manfaat serta mempunyai hikmah yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment