ABM/ BBM LINUS

Contoh bbm untuk aktiviti yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS di sekolah-sekolah rendah di Malaysia.



Cara Penggunaan

Langkah 1 :Sebut


 
 

 
 Langkah 2 : Susun

 
  Langkah 3 : Padan

 
Langkah 4 :Semak
 
 

Langkah-Langkah :
1.  Guru menunjukkan kad imbasan kepada murid. Murid menyatakan nombor yang terdapat pada kad imbasan (ansur maju).
2.   Kemudian, Bahagian A ditutup dengan menggunakan kad imbasan bermula nombor 1 hingga 10. (kad dimasukkan dalam poket di bahagian A).
3.    Murid akan membuka kad satu persatu bermula daripada nombor 1.
4.    Murid melihat gambar yang terpapar di bawah kad yang diambil. Murid perlu mengira bilangan gambar tersebut.
5.    Kemudian kad tersebut dimasukkan ke Bahagian B mengikut nombor yang betul dengan jumlah bilangan gambar di bahagian A.
6.    Apabila selesai 10 kad diletakkan, tutup papan dan lihat warna yang tertera di belakang. Buka semula papan dan lihat di bahagian belakang samada susunan warna adalah sama dengan warna di bahagian jawapan.
7.    Jika warna dibelakang sama dengan jawapan, jawapan adalah betul. Direkacipta oleh: dpli/1524 IPGK RAJANG2012
 

5 amalan utama Baginda Nabi S.A.W untuk menjaga kesihatan.




1. Selalu Bangun Sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Kesegaran udara subuh baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
 2. Aktif Menjaga Kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
3. Tidak Pernah Makan Berlebihan
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda; Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan.
 4. Gemar Berjalan Kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
5. Tidak Suka Marah
Nasihat Rasulullah ‘Jangan Marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Inilah 5 amalan utama Nabi Muhammad S.A.W untuk menjaga kesihatannya. Sesungguhnya tidak dinafi, setiap perbuatan serta amalan yang dilakukan oleh baginda sememangnya membawa manfaat serta mempunyai hikmah yang tersendiri.